BM | EN | 中文

Kontraktor kerja JKR Johor dapat lanjutan tempoh siap 56 hari

Screenshot_20200107-1847522.png

Mohd Solihan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 JUN: Semua kontrak kerja, penyenggaraan dan perkhidmatan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor yang terjejas dengan PKP, PKPB, PKPP layak mendapat lanjutan tempoh siap kerja selama 56 hari.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata tambahan tempoh mobilisasi dan demobilisasi yang sewajarnya berdasarkan pembuktian dokumen yang dikemukakan kontraktor bagi menyokong tempoh yang dimohon.

“Walaupun diberi lanjutan tempoh siap kerja secara automatik, kontraktor digalakkan memulakan kerja lebih awal bagi merangsang pergerakan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Tambah beliau sektor pembinaan dibenarkan beroperasi dengan syarat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Katanya, syarat bagi melakukan ujian makmal Covid-19 adalah tidak diwajibkan melainkan syarikat kontraktor pembinaan tersebut mengesan ada gejala Covid-19 di kalangan pekerja mereka.

“Kontraktor hendaklah mempunyai dokumen wajib untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan dan mematuhi SOP, kebenaran beroperasi serta pergerakan pekerja bagi projek pembinaan.

Advertisement

“Justeru itu, tiada halangan untuk tidak memulakan kerja-kerja pembinaan di tapak projek,” ujarnya lanjut.

Solihan yang juga Adun Tenang berkata, antara sebab belum memulakan kerja di tapak projek adalah tidak mengemukakan Dokumen Kepatuhan SOP, masalah kewangan, kesukaran dapatkan pekerja dan bekalan bahan binaan dan pengalihan utiliti.

“Kelewatan memulakan kerja-kerja ini boleh menjejaskan pergerakan ekonomi terutama dalam sektor pembinaan.

Advertisement

“Sektor berkaitan seperti bekalan bahan binaan, pengangkutan dan logistik juga harus ditingkatkan seiring pemulihan industri pembinaan bagi merancakkan ekonomi.

“Hal ini juga akan dibincangkan bersama jabatan atau agensi berkepentingan bagi menyelesaikan semua halangan dan isu bagi memulihkan semula industri pembinaan di Johor,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top