BM | EN | 中文

Kontraktor di negeri ini diminta segera berdaftar dengan JCCD

solihan-5.jpg

Solihan pada sidang media di Pejabat Exco Kerja Raya, Aras 5 Bangunan Dato Abdul Rahman Andak, hari ini.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 9 JAN: Kontraktor di negeri ini diminta untuk segera berdaftar dengan Pusat Pembangunan Kontraktor Johor (JCCD) agar peluang mereka untuk menyertai projek kerajaan negeri tidak terhalang.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata, sehingga kini seramai 16,359 kontraktor telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) terdiri daripada pelbagai kelas.

“Bagaimanapun tidak ramai kontraktor yang berdaftar dengan JCCD. Jadi kita minta mereka ini segera berdaftar. Kalau tidak peluang mereka untuk sertai projek kerajaan negeri terhalang.

Advertisement

“Seramai 3,500 kontraktor G1 dalam Johor bersaing untuk projek-projek kecil. Jadi kita harap melalui pendaftaran ini kita boleh latih mereka untuk bukan sahaja untuk projek kerajaan tetapi juga swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media di Pejabat Exco Kerja Raya, Aras 5 Bangunan Dato Abdul Rahman Andak, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri sedang meneliti proses perolehan syarikat konsesi penyelenggaran jalan untuk tujuan penambahbaikan khususnya dalam pengagihan kerja dikalangan kontraktor kecil.

Advertisement

Tambahnya, sejak dilantik menjadi exco kerja raya, beliau telah meneliti kaedah lama dan melakukan penambahbaikan.

“Ini termasuklah daripada segi pengagihan, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengecilkan harga menjadi supaya lebih ramai kontraktor mendapat peluang.

“Selain kaedah sebut harga, kaedah pengundian juga akan dilakukan di mana kaedah berkenaan pada masa ini masih belum dipraktikkan,” ujarnya.

Advertisement

Mohd Solihan turut memberitahu langkah itu adalah untuk membantu kontraktor selain memastikan pengagihan selepas ini menjadi lebih telus.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top