BM | EN | 中文

Konsulat Jeneral republik Indonesia di Johor Bahru ditutup hingga 9 April

Konsulat-Jeneral-Republik-Indonesia-KJRI-Johor-Bahru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 APR: Pejabat Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru di sini, ditutup sementara bermula Ahad lalu hingga 9 April ini berikutan terdapat kes positif COVID-19 dikesan di premis berkenaan.

Penutupan itu dimaklumkan KJRI menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Instagram rasminya semala.

Menurut kenyataan itu, susulan penutupan tersebut, semua urusan kaunter ditangguhkan dalam usaha mencegah penularan baharu.

Advertisement

Penangguhan itu termasuk urusan berkaitan pasport, Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) dan lain-lain dokumen konsulat.

Bagaimanapun, KJRI Johor Bahru tetap membantu warga Indonesia (WNI) yang memiliki keperluan mendesak seperti pengurusan surat kematian, sakit dan dalam keadaan darurat lain.

Kenyataan itu juga memaklumkan KJRI Johor Bahru akan melakukan penjadualan semula bagi mereka yang telah melakukan pendaftaran SPLP dan memaklumkan pertukaran jadual baharu kepada pemohon melalui khidmat mesej pesanan ringkas (SMS), telefon, e-mel atau di media sosial rasminya.

Advertisement

“Untuk keperluan ini, mohon hubungi hotline perlindungan WNI melalui nombor Whatsapp +6016-7700378,” jelas kenyataan berkenaan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top