BM | EN | 中文

Komuniti Sukarelawan Covid Johor bantu rakyat memerlukan

Community-Volunteers-Covid-19-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 APR: Situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk minggu keempat menyukarkan pergerakan rakyat untuk mencari rezeki. Sebahagian mereka yang bergantung kepada pendapatan harian dilaporkan terputus bekalan makanan sejak dua minggu lalu.

Sehubungan itu, sebuah NGO, Komuniti Sukarelawan Covid (CVC) cawangan Johor Selatan giat membantu pelbagai golongan mendapatkan keperluan asas kehidupan melalui bantuan berupa makanan seperti beras, gula, susu dan sebagainya yang dihantar kepada golongan B40.

Manakala peralatan pembersihan seperti cecair pembasmi kuman, topeng muka dan makanan siap dimasak dibekalkan oleh CVC kepada petugas barisan hadapan yang memerlukan.

Advertisement

Menurut penyelaras kawasan Johor Selatan Datuk Amilizan Mazlan, bantuan diberi oleh NGO tersebut lebih menjurus kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan terputus bekalan makanan sepanjang PKP.

Komuniti Sukarelawan Covid (CVC) cawangan Johor Selatan giat membantu pelbagai golongan mendapatkan keperluan asas kehidupan sepanjang PKP.

“Ramai rakyat kawasan pedalaman terputus bekalan di Johor dan mereka memerlukan perhatian segera dari pihak kerajaan. Oleh itu, di Johor Selatan kami membentuk CVC 19 di daerah-daerah.

“Kami pecahkan kepada Zon Selatan A, B dan C yang melibatkan beberapa daerah termasuk Kulai Jaya, Kota Tinggi, Muar dan Tangkak

Advertisement

“NGO ini juga berbeza daripada NGO bantuan bencana alam kerana kami mempunyai pakar perubatan dan memberi informasi-informasi tentang Covid 19 kepada rakyat,” katanya.

Menurut Amilizan, NGO yang mempunyai rangkaian di seluruh negara itu juga berusaha mengumpul lebih banyak dana untuk membeli keperluan asas bagi disumbangkan kepada rakyat.

Katanya, NGO tersebut diiktiraf Kementerian Kesihatan dan dibenar bergerak di mana-mana kawasan yang memerlukan bantuan.

Advertisement

Di negeri Johor, NGO menerima sumbangan daripada orang ramai bagi mengisi tabung bantuan.

Selain itu, NGO ini juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengesan rakyat yang tercicir daripada senarai penerima bantuan kerajaan dan menyediakan bantuan keperluan asas untuk warga asing atas semangat perikemanusiaan.

NGO CVC Johor ditubuhkan dengan kerjasama Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM). Aktiviti pasukan ini boleh diikuti lebih lanjut dengan melayari https://www.facebook.com/CovidCVC19Johor/

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top