BM | EN | 中文

KOMUNITI HARAPAN MALAYSIA, MEDIUM PERANTARA KERAJAAN DAN RAKYAT

Eddin-Syazlee-Shith-Komuniti-Harapan.jpg
Advertisement

PONTIAN, 25 OKT: Sebanyak 138 Komuniti Harapan Malaysia (KHM) ditubuhkan di Johor, dengan sepuluh daripadanya di daerah Pontian.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata komuniti tersebut berfungsi sebagai penghubung diantara kerajaan dengan rakyat setempat.

Katanya, KHM adalah medium untuk menyampaikan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan agar difahami dengan jelas dan tepat.

Advertisement

“Persefahaman yang telah dipupuk sejak hari kemerdekaan sehingga hari ini mampu untuk menjayakan agenda-agenda yang bertujuan untuk kemakmuran rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian program Sepakat @ Komuniti, Jabatan Penerangan Negeri Johor di Mukim Ayer Masin, di sini, hari ini.

Eddin berkata beliau yakin KHM dapat memikul tanggungjawab untuk memasarkan, meningkatkan kefahaman dan penghayatan masayarakat setempat.

Advertisement

“Disinlah peranan kita dari peringkat akar umbi diperlukan untuk membantu kerajaan sebagai rakan strategik melalui platform yang disediakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

“Ini sama ada untuk menyampaikan maklumat yang diberikan ataupun dasar-dasar kerajaan untuk difahami lebih jelas kepada rakyat,” katanya lagi.

Menurut Eddin sebanyak 1,236 buah KHM ditubuhkan di seluruh negara bertujuan menjadi perantara untuk kerajaan memberi penerangan secara bersemuka tentang isu-isu semasa.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top