BM | EN | 中文

Komponen PH perlu segera adakan perbincangan

salahuddin-ayub-ahli-parlimen-pulai.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 OKT: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini mengajak seluruh komponen parti dalam Pakatan Harapan (PH) untuk membincangkan segera berikutan kemungkinan pengisytiharaan darurat dibuat.

Dalam kenyataan medianya, beliau mendesak agar perbincangan tersebut perlu dilakukan dalam kadar segera bagi mendapatkan pandangan dari semua parti komponen.

“Merujuk kepada kemungkinan penisytiharaan darurat, saya ingin mencadangkan agar semua parti dalam PH serta rakan-rakan lain dalam pembangkang untuk berbincang mengenai perkara ini.

Advertisement

“Kita seharusnya berbincang dengan kadar segera agar kita boleh mengemukakan pelbagai pandangan kostruktif untuk menyelamatkan negara dari pengisytiharaan darurat.

“Saya percaya bahawa PH pasti boleh berperanan dalam mengemukakan cadangan yang bersesuaian kepada pihak kerajaan agar pengisytiharaan darurat ini boleh dielakkan.

“Ingin saya tekankan di sini bahawa pengisytiharaan darurat ini harus dielakkan kerana kesannya terlalu besar kepada pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik,” katanya dalam kenyataan media tersebut.

Advertisement

Kabinet sebelum ini memutuskan untuk mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk meminta persetujuan pengisytiharaan darurat di negara ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top