BM | EN | 中文

Kompleks Sukan Hospital Permai, Johor Bahru antara lokasi pusat kuarantin, rawatan pesakit COVID-19

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 DIS: Kompleks Sukan Hospital Permai di sini menjadi antara tiga lokasi yang dibuka bagi merawat pesakit COVID-19 berisiko rendah di Johor berikutan peningkatan jangkitan fasa gelombang ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata dua lagi lokasi dibuka oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor adalah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Blok C, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru dan enam wad khusus di Hospital Permai.

“Pengurusan dan perawatan klinikal pesakit COVID-19 di semua tiga lokasi iaitu PKRC Blok C ILKKM Johor Bahru, enam wad Hospital Permai dan Kompleks Sukan Hospital Permai, adalah di bawah pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru secara amnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkata Kompleks Sukan Hospital Permai digunakan sebagai lokasi tambahan bagi menempatkan pesakit dengan bantuan 75 katil kanvas daripada Airport Disaster Unit Senai dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor.

Menurut beliau, setakat ini, kompleks yang mula menerima pesakit pada Isnin lepas itu mempunyai 58 pesakit COVID-19 yang dirujuk dari daerah lain.

PKRC di Blok C ILKKM Johor Bahru pernah digunakan bagi menempatkan pesakit COVID-19 berisiko rendah tanpa gejala atau dengan gejala ringan sebagai step down centre semasa gelombang kedua bagi tempoh April hingga Jun lepas.

Advertisement

Namun begitu, PKRC itu diaktifkan semula penggunaanya mulai 4 Dis lepas dengan pesakit COVID-19 tanpa gejala atau dengan gejala ringan ditempatkan sebelum dibenarkan pulang ke rumah atau daerah masing-masing selepas tamat tempoh kuarantin dan rawatan.

“PKRC Blok C ILKKM Johor Bahru mempunyai kapasiti maksima sebanyak 496 katil dan mula beroperasi pada 4 Dis dengan 146 katil dan kapasiti telah dipertingkat berdasarkan keperluan semasa.

“Pesakit yang dimasukkan ke pusat ini adalah pesakit COVID-19 yang dipindahkan dari Wad COVID Hospital Permai Johor Bahru dan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Advertisement

“Mulai 4 Dis hingga 15 Dis lepas, seramai 631 pesakit telah dimasukkan di pusat ini dengan 386 orang daripadanya telah dibenarkan pulang,” katanya dengan menambah enam wad khusus di Hospital Permai Johor Bahru pula berkapasiti terkini sebanyak 244 buah katil.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top