BM | EN | 中文

Kompleks Bersepadu Pengerang beroperasi pada separuh kedua 2021 – Petronas

Kompleks-Bersepadu-Pengerang-beroperasi-pada-separuh-kedua-2021-Petronas.jpg

Kompleks Bersepadu Pengerang beroperasi pada separuh kedua 2021 - Petronas (Gambar Ehsan NSTP)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 FEB: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berada di landasan tepat untuk memulakan kapasiti pengeluaran 300,000 tong minyak mentah sehari menerusi usaha sama dengan syarikat minyak Arab Saudi taitu Saudi Aramco di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor pada awal separuh kedua 2021 berbanding Mac seperti dijangkakan sebelum ini.

Nalb Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (Hiliran) Petronas, Datuk Md Arif Mahmood berkata kelewatan itu disebabkan oleh impak akibat pandemik COVID-19 yang perlu dihadapi oleh pasukan di lapangan terbabit.

“Kami kini melakukan banyak pengurangan dari segl pengurusan pekerja di kawasan itu>

Advertisement

“(Pada masa ini) masih ada kira-kira 4,000 pekerja dan kontraktor di kawasan itu selain kakitangan Petronas yang dianggarkan lebih 2,000 orang.” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya bagi mengumumkan prestasi kewangan syarikat petroliam dan gas negara bagi suku keempat dan tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2020 di sini, pada Jumaat.

Selain itu, Md Arif turut menegaskan bahawa Petronas juga perlu memastikan bahawa kerja-kerja berkaitan diurus secara berhati-hati berikutan pandemik tersebut telah memberi impak terhadap jadual terbabit.

Advertisement

Dalam satu kenyataan, Petronas berkata setakat 31 Disember 2020, PIC berada dalam kedudukan bagi peralihan kepada operasi komersial dengan menumpukan penyediaan bagi mencapai operasi yang selamat boleh dipercayai serta cekap.

Menurut Petronas, susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kilang penapisan dan petrokimia itu telah dijangka dimulakan pada separuh kedua 2021, tertakluk kepada keselamatan serta penyiapan kerja-kerja berbaki yang terbukti memuaskan.

Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata Petronas dan Saudi Aramco juga komited untuk memastikan kejayaan permulaan PIC biarpun terdapat spekulasi mengenal aha itu berdepan kesukaran.

Advertisement

Ini kekal satu komitmen dan saya juga sering berhubung dengan pihak pengurusan Saudi Aramco. Kami turut memanfaatkan sumber-sumber terbaik mereka bagi melengkapkan lagi pasukan kami dan setakat ini saya tidak berminat untuk melayan sebarang spekulasi mengenai kerjasama itu” kata beliau.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top