BM | EN | 中文

Kompaun langgar SOP RM10,000 tak munasabah

Mahadzir-Mat-Zili.jpg

Mahadzir Mat Zili

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 MAC: Tindakan mengenakan kompaun RM 10,000 kepada mereka yang melanggar SOP PKP adalah suatu yang tidak munasabah.

Perkara itu dinyatakan oleh Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mahadzir Mat Zili yang menegaskan agar kerajaan mempertimbangkan semula jumlah kompaun tersebut.

Menurutnya, ia sebagai suatu bebanan kepada rakyat dan tindakan tersebut mendapat sindiran serta kecaman pelbagai pihak.

Advertisement

“Rakyat mulai marah dengab tindakan kerajaan yang mengenakan kompaun sebanyak itu sedangkan SOP PKP yang ditetapkan kerajaan hari ini dilihat berubah-ubah.

“Ini akan menjerat rakyat ke dalam risiko untuk melakukan kesalahan dan saya tegaskan agar kerajaan mempertimbangkan semula hal ini.

“Kita faham KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bersungguh untuk menekan betapa pentingnya untuk menjaga SOP setiap masa namun jumlah kompaun ini tidak munasabah,” tegasnya.

Advertisement

Adun Perling, Cheo Yee How

Mengulas perkara yang sama, Adun Perling, Cheo Yee How turut mengaitkan tindakan kompaun sebelum ini dilakukan secara berat sebelah apabila ada pihak tertentu yang berjawatan tinggi susah untuk diambil tindakan.

Tambahnya, pertikaian dari rakyat terbanyak itu berlaku apabila kerajaan seperti membela mereka yang berjawatan atau berstatus menteri dalam mengenakan kompaun tersebut.

“Sebelum ini pun menteri-menteri yang melakukan kesilapan atau melanggar SOP PKP tidak diambil tindakan sama rata seperti rakyat biasa.

Advertisement

“Inilah hujah yang membuatkan rakyat mulai menyampah dengan tindakan kerajaan yang mengenakan kompaun apatah lagi jumlah yang tinggi seperti RM 10,000 hari ini.

“Kita bukan mempertikaikan tindakan kompaun tersebut tetapi ianya dilihat akan membebankan rakyat bawahan sahaja dan tidak kepada menteri juga akhirnya nanti,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top