BM | EN | 中文

Komen perkauman: Bekas pemimpin Bersatu Kelantan mohon maaf

badminton-Bekas-pemimpin-Bersatu-mohon-maaf.jpg

Grafik Ehsan BAM

Advertisement

KOTA BHARU, 4 OKT: Bekas naib ketua Bersatu bahagian Pasir Putih, Borhanudin Che Rahim memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutama masyarakat India atas komen berbaur perkauman terhadap pemain badminton negara, S Kisona.

Borhanudin dalam satu kenyataan berkata, dia mengakui telah melakukan kesalahan yang besar terhadap kenyataan tersebut.

“Dengan ini saya menarik balik kenyataan saya dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kepada yang terkesan akibat posting tersebut.

Advertisement

“Saya tidak berniat menjatuhkan mana-mana orang dan kaum serta memperbaiki sikap di masa hadapan.

“Atas rasa tanggungjawab dan kesalahan saya bersedia menawarkan diri melepaskan jawatan saya sebaagi penjawat parti demi menjaga nama baik parti,” katanya, lapor Malaysiakini.

Semalam Borhanudin menerima kritikan selepas melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Kisona ketika pemain itu beraksi dalam kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland malam tadi.

Advertisement

Dalam kejohanan itu, Malaysia tumpas 1-3 kepada Jepun sekali gus gagal layak ke peringkat akhir.

Kenyataan itu turut mendapat kritikan daripada Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Bersatu.

Ahmad Faizal berkata dia kecewa dengan apa yang telah berlaku dan berharap semua rakyat dan pemimpin berhati-hati dalam apa juga tindakan.

Advertisement

Ahmad Faizal juga mengesahkan Borhanudin telah meletakkan jawatan dalam parti itu semalam.

Pemuda MIC semalam turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi supaya tindakan tegas diambil terhadap Borhanudin.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ti Lian Ker mengajak rakyat Malaysia memaafkan Borhanudin sekiranya dia ikhlas memohon maaf atas kesalahannya itu.

Advertisement

“Semangat yang padu menolak perkauman dan kenyataan rasis adalah satu petanda baik bagi masa depan “keluarga Malaysia”.

“Sekiranya ini adalah kenyataan tulen dan ikhlas daripada beliau, marilah kita bersama-sama atas semangat padu “keluarga Malaysia” memaafkan Che Borhan atas kesalahan beliau yang telah pun dimitigasi dengan penurunan posting beliau yang salah itu.

“Bersama-samalah kita memupuk perpaduan dan persahabatan dengan kejituan dalam “keluarga Malaysia”. Tolak prasangka dan salah sangka perkauman,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top