BM | EN | 中文

Komen berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor, seorang lelaki di Ulu Tiram ditahan

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg

JOHOR BAHRU, 11 OKT: Seorang lelaki di Ulu Tiram ditahan kerana membuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Institusi Diraja Johor, menerusi akaun Twitter pada Jumaat (8 Okt).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan berkata lelaki berusia 42 tahun yang bekerja mengecat kenderaan secara sambilan itu, diambil keterangan selepas ditahan sepasukan polls daripada Jabatan Slasatan Jenayah Komersil Johor pada pukul 9.25 malam di rumahnya di Ulu Tiram, di sini.

Ayob dilaporkan Bernama sebagai berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan polls yang dibuat oleh Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi dan Keluarga Diraja Johor pada pukul 2.03 petang, hari sama.

Menurutnya, lelaki berkenaan memuatnaik komen berunsur penghinaan itu menerusi akaun Twitter miliknya izion74rey@reymizion74′.

“Kita menahan individu ini untuk diambil keterangan, Iengkap kertas siasatan kita akan serah kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Ayob Khan berkata hasil semakan turut mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan ceroboh dan khianat.

Beliau berkata,kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali.

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top