BM | EN | 中文

Kolej Universiti Islam Selangor jalin kerjasama dengan industri, lahirkan siswa berkualiti

kolej-universiti-islam-selangor-KUIS.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 1 JULAI: Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) menjalin kerjasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC) serta Kumpulan Aerodyne Malaysia (Kumpulan Aerodyne) bagi memperkasakan bidang teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Kuis berkata kerjasama tiga tahun bersama STDC dan dua tahun dengan Kumpulan Aerodyne dalam mendepani Revolusi Perindustrian 4.0. akan melahirkan graduan serta pakar yang kompeten, berdaya saing dan berkualiti.

“Kerjasama ini meliputi kursus jangka pendek, latihan dan jaringan industri serta program mobiliti. Langkah ini menjadi pemacu untuk meningkatkan keyakinan dan daya saing graduan selaras dengan keperluan industri global.

Advertisement

“Jalinan termeterai bersama Kumpulan Aerodyne juga dilihat bertepatan dengan kehendak masa kini dalam memajukan teknologi data dan transformasi digital negara,” katanya, lapor SelangorKini.

Institusi pendidikan milik Kerajaan Selangor itu berharap kerjasama berkenaan menjadi penanda permulaan kepada pihak terlibat dan memberi manfaat khususnya kepada pemain industri Bumiputera.

Terdahulu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diadakan secara maya antara Rektor Kuis Prof Dato’ Dr Ab Halim Tamuri; Ketua Eksekutif STDC, Mohd Ashraf Amin dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Aerodyne, Kamarul Muhamed.

Advertisement

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut menyaksikan majlis selain menyampaikan penghargaan kepada Ab Halim yang menamatkan perkhidmatan hari ini selepas lapan tahun menerajui Kuis.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top