BM | EN | 中文

Kolej Universiti Islam Selangor jadi pusat pengumpulan program bantuan mahasiswa

Kolej-Universiti-Islam-Antarabangsa-Selangor-KUIS.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 17 JUN: Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) di Bandar Seri Putra, Kajang akan menjadi pusat pengumpulan makanan program bantuan mahasiswa Selangor, satu daripada inisiatif di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Rektor Kuis, Profesor Datuk Ab Halim Tamuri berkata pihaknya menerima surat daripada Kerajaan Negeri memaklumkan perkara itu yang turut bergantung kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pusat Konvensyen Kuis akan dijadikan pusat pengumpulan barang makanan mulai Jumaat ini sekiranya diluluskan MKN.

Advertisement

“Kita sudah bersedia menyediakan kemudahan logistik dan khidmat keselamatan sebelum barangan diagihkan ke institut pengajian tinggi seluruh negara,” kata Ab Halim, lapor SelangorKini.

Pada 9 Jun lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM1.5 juta untuk menyediakan barangan makanan dan keperluan asas kepada 7,500 mahasiswa masih berada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi di bawah kerajaan negeri Selangor.

Ab Halim berkata pihaknya dalam proses mengumpul permohonan pelajarnya dari keluarga berpendapatan rendah (B40) dan golongan pertengahan (M40) yang layak memohon bantuan berkenaan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top