BM | EN | 中文

Kohijrah Selangor bantu hampir 300 penjaja terjejas bah, sedia alatan niaga

Kohijrah-bantu-hampir-300-penjaja-terjejas-bah-sedia-alatan-niaga.jpeg

Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) (kiri) menyerahkan bantuan peralatan niaga kepada penjaja kecil yang terjejas banjir di Wisma Kohijrah Berjaya Park, Seksyen 32, Shah Alam pada 25 Januari 2022 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 26 JAN: Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) membantu hampir 300 penjaja kecil yang terjejas banjir sejak bulan lepas dengan anggaran perbelanjaan mencecah RM100,000.

Pengurus besarnya berkata bantuan berupa peralatan niaga itu disalurkan hasil sumbangan agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan kelangsungan usahawan.

Jelas Mohd Syukri Ismail bantuan seperti kanopi, penunu dapur masak, tungku dapur, balang air, tong nasi dan lampu bulat kepada peniaga terjejas diagih secara berfasa.

Advertisement

“Sebagai agensi bertindak menguruskan penyerahan bantuan, kita bangga kerana banyak pihak tampil menghulurkan sumbangan kepada peniaga yang hilang banyak harta benda termasuk peralatan niaga akibat bencana,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau ditemui selepas program penyerahan bantuan kepada 43 peniaga pasar malam sekitar Shah Alam dan Klang di Wisma Kohijrah Berjaya Park, Seksyen 32 dekat sini semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Syukri berkata pihaknya menjangkakan antara 300 hingga 400 lagi penjaja kecil akan dibantu mendapatkan bantuan sama sehingga akhir tahun ini.

Advertisement

“Kita memiliki Kohijrah Shop yang menyediakan keperluan niaga kepada usahawan. Malah, setakat hari ini kita terima banyak permintaan daripada NGO dan agensi yang mahu membantu.

“Kerjasama daripada pihak berkaitan penting kerana kita mahu pastikan sumbangan ini disalurkan secara telus dan integriti serta sampai kepada penerima tanpa melalui orang tengah,” katanya lagi.

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top