BM | EN | 中文

KNAL jadi mercu tanda nanas MD2 sebagai perusahaan berimpak tinggi

IMG-20200208-WA0027.jpg
Advertisement

MERSING, 9 FEB : Projek Kluster Nanas Lestari (KNAL) di Tanah Abang di sini yang dibangunkan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bersama Kulim (Malaysia) dan Agrobank berjaya melakar satu mercu tanda dalam usaha mempamerkan nanas premium MD2 sebagai perusahaan berimpak tinggi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, projek yang dibangunkan di tanah seluas 300 ekar itu merupakan projek berskala besar.

Menurutnya, projek berkenaan dapat membangunkan anak-anak muda untuk terlibat sekaligus menjana pendapatan mereka.

Advertisement

Katanya, seramai 12 orang peserta terpilih dalam projek tersebut di mana mereka diperuntukan keluasan maksimum 10 ekar seorang secara berfasa.

“Mereka akan bersama-sama dengan ‘anchor company’ iaitu Kulim Pineapple Farm (KPF) dalam memajukan ladang mereka. Peserta agropreneur muda ini juga mendapat bantuan geran dari Unit Agropreneur Muda MOA dengan nilai RM20,000 seorang.

“Manakala Agrobank selaku pihak pembiaya akan menyuntik modal mengikut senarai nama peserta dengan nilai pembiayaan RM50,000 seorang bagi pembangunan ladang mereka yang mana semuanya akan diletak di bawah pengurusan KPF,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Projek Kluster Nanas Lestari (KNAL) Tanah Abang, Mersing, semalam.

Tambahnya, usaha dilakukan itu sebagai bukti bagaimana penggunaan tanah yang diberikan kepada peserta khususnya agropreneur muda dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

Beliau juga yakin projek pertanian KNAL itu berupaya menghasilkan impak ekonomi terutamanya buat golongan B40 sejajar peningkatan permintaan tinggi nanas MD2 untuk dieksport ke beberapa buah negara dunia.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top