BM | EN | 中文

KMJ edar 1,500 kit ujian kendiri COVID-19 kepada petugas media Johor yang berdaftar

Kelab-Media-Johor-KMJ.png
Advertisement

JOHOR 8AHRU, 11 OKT: Kelab Media Johor (KMJ) akan mengedarkan 1,500 unit kit ujian kendiri COVID•19 kepada kira-kira 140 petugas media yang berdaftar melalui wakil setiap agensi, bermula minggu depan.

Presiden KMJ Mohamad Fauzi Ishak berkata inisiatif itu bertujuan membantu petugas media melakukan ujian kendiri sebelum atau selepas melaksanakan tugas di lapangan sekali gus menggalakkan mereka menitikberatkan aspek kesihatan dan keselamatan masing-masing.

“Meskipun Johor telah memasuki Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak Jumaat (8 Okt) lepas, namun risiko ketika berada di lokasi tugasan tetap ada. Oleh itu, kita mahu setiap ahli KMJ menjadi contoh kepada orang ramai berhubung aspek penjagaan kesihatan.

Advertisement

“Pembelian kit ujian kendiri COVID-19 ini juga merupakan hasil sumbangan kerajaan Johor yang menyalurkan geran tahunan kepada KMJ bagi menjalankan sebarang program selain menjaga kebajikan ahli-ahlinya,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Fauzi berkata selain kit ujian kendiri COVID-19, KMJ juga pernah menyalurkan sumbangan seperti pelitup muka, alat cecair pembasmi kuman, vitamin C dan pelindung muka (Faceshield), bermula April tahun lepas.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top