BM | EN | 中文

Kluster COVID-19 bertambah, PKPP wajar dilanjutkan

Perintah-Kawalan-Pergerakan-PKP.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OGOS: Pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain mencadangkan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember 2020.

Katanya, PKPP yang bakal berakhir 31 Ogos ini tidak mampu mengesan kes-kes baru kerana ketiadaan SOP dan menyukarkan pihak berkuasa memantau pergerakan pembawa atau pun mereka yang berpotensi dijangkiti COVID-19.

“Sikap sebilangan masyarakat yang belum dapat mengamalkan norma baharu dibimbangi menambah kluster baru di kalangan masyarakat.

Advertisement

Dr Mohd Zuhan Mohd Zain

“Dalam masa yang sama, kami mencadangkan sempadan antarabangsa kekal ditutup sehingga pandemik ini betul-betul selamat dan disahkan oleh badan dunia seperti WHO.

“Pembukaan sempadan dikhuatiri menyebabkan peningkatan kes.

“Buktinya kebanyakan kes sekarang adalah kes import yang memasuki negara ini,” kata Zuhan ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau berkata dengan pelanjutan PKPP, sekiranya terdapat kes baru ia dapat dikesan, seperti kluster Sivagangga dan beberapa lagi kluster lain.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada golongan barisan hadapan dan rakyat Malaysia yang sentiasa berkerjasama dalam memerangi pandemik ini serta saya berharap untuk perjuangan memerangi COVID-19 ini dapat diteruskan lagi.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mengawal kes dengan baik sekiranya SOP PKPP ini diteruskan sehingga tarikh dicadangkan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top