BM | EN | 中文

Kluster Bukit Tiram mungkin berpunca rakyat tempatan kembali dari Filipina – KKM

taman-bukit-tiram.png

Grafik Google Maps

JOHOR BAHRU, 4 OGOS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan jangkitan kluster itu berpunca daripada seorang daripada dua penuntut rakyat tempatan yang kembali dari Filipina.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM menjalankan saringan sasaran bagi komuniti Roman Katholik di Johor sebagai tindakan proaktif bagi mengesan dan pemantauan, sebagaimana yang dilakukan semasa kes sekolah tahfiz dan jemaah tabligh.

“Menjadi kebimbangan KKM ialah komuniti Roman Katholik di Johor, pihak kami akan jalankan saringan sasaran (targeted approach) kepada kumpulan tersebut,” katanya dalam sidang media harian, semalam.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham menjelaskan saringan akan dijalankan sebagai tindakan proaktif bagi mengesan dan mengambil tindakan pemantauan kepada mereka yang terlibat.

Tambahnya, setakat ini tiada pertambahan kes bagi tempoh dua atau tiga hari kebelakangan ini.

“KKM dalam pemantauan memasukkan golongan atau kumpulan gereja roman katholik dalam targeted approach sebagaimana yang dilakukan semasa kes sekolah tahfiz dan juga jemaah tabligh dahulu,” katanya.

Kluster Bukit Tiram mula dikesan pada 25 Julai selepas mengenal pasti dua kakitangan bukan warganegara pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor yang dilaporkan positif.

Pada Sabtu lalu, KKM mengesan kes positif COVID-19 pertama di luar Johor bagi Kluster Bukit Tiram membabitkan bukan warganegara di Selangor.

Setakat hari ini, dilaporkan 142 saringan telah dijalankan dan dari jumlah itu 10 kes adalah positif yang mana empat melibatkan bukan warganegara.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top