BM | EN | 中文

Klinik swasta di Taman Daya, Johor Bahru ditutup selepas pesakit disahkan positif COVID-19

taman-daya-johor-bahru.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OKT: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini mengesahkan penutupan sebuah klinik swasta di Taman Daya, di sini, selepas dua pesakitnya didapati positif COVID-19.

Pengarahnya Dr Aman Rabu berkata, penutupan itu berkuat kuasa sehingga proses sanitasi terhadap klinik tersebut dibuat.

“Betul, dah disahkan oleh Pegawai Kesihatan Johor Bahru. Pejabat Kesihatan Johor Bahru telah menasihati (klinik untuk melakukan penutupan) dan siasatan sedang dijalankan,” kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Advertisement

Sejak pagi tadi, tular surat daripada pengurusan klinik berkenaan yang memaklumkan penutupan akan bermula hari ini hingga 14 Okt.

Ia adalah susulan dua pesakitnya disahkan positif COVID-19 semalam.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top