BM | EN | 中文

Klinik Kesihatan Bukit Indah, Johor Bahru mula operasi Ogos

Klinik-Kesihatan-Bukit-Indah-Johor-Bahru-mula-operasi-Ogos.jpg

Gambar Ehsan Bernama

JOHOR BAHRU, 28 JUN: Klinik Kesihatan Bukit Indah di sini, yang kos pembinaan berjumlah RM18 juta, dijangka beroperasi awal Ogos ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Klinik Kesihatan (Jenis Tiga) itu, yang mula dibina sejak Mac 2017 dan siap sepenuhnya pada 4 Mac lepas, bakal menyediakan perkhidmatan kepada penduduk di kawasan Bukit Indah dan Gelang Patah.

Antara perkhidmatan yang akan disediakan ialah rawatan pesakit luar, pergigian, farmasi, kecemasan, kesihatan ibu dan anak, pengimejan, makmal dan terapi cara kerja.

“Secara amnya, Klinik Kesihatan diklasifikasi kepada tujuh jenis berdasarkan bilangan purata kedatangan pesakit sehari, yang mana Klinik Kesihatan jenis tiga ini dianggarkan menerima pesakit antara 300 hingga 500 sehari,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu Dr Adham menghadiri Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Jenis Tiga Bukit Indah di sini, semalam.

“Saya berharap dengan adanya klinik ini ia akan memberi impak yang positif kepada penduduk di negeri ini dan perkhidmatan yang disediakan mampu memenuhi keperluan rakyat,” katanya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top