BM | EN | 中文

KKMM sedia bantu ketengahkan kebudayaan, warisan unik Johor

wayang-kulit-purwa-purwo-johor.jpg

Wayang kulit purwa/purwo, antara seni persembahan yang dipopularkan semula di Johor (Gambar Ehsan FB Teratak Sri Wahyuni)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OGOS: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri Johor dalam mengetengahkan kebudayaan, kesenian dan warisan unik negeri itu termasuk di peringkat antarabangsa.

Kumpulan ghazal (Gambar Ehsan Amazing Nara)

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat dalam perkara itu boleh dipertingkat dalam usaha mengantarabangsakan seni budaya tradisional tempatan.

“Johor mempunyai kandungan dan budaya seni tradisional yang tersohor …sudah membina nama tertentu antaranya zapin dan ghazal.

Advertisement

“KKMM komited untuk meningkatkan lagi usaha menampilkan produk kebangsaan yang boleh diketengahkan bukan sahaja ke peringkat kebangsaan tetapi juga peringkat antarabangsa sebab kita sekarang harus menuju pengantarabangsaan kandungan tempatan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor Mazlan Bujang di pejabatnya di Yayasan Warisan Johor di sini, semalam.

Tarian zapin (Gambar Ehsan satujohor.net)

Saifuddin berkata KKMM boleh membantu dalam aspek itu menerusi semua agensi di bawahnya.

Advertisement

“Contohnya seperti nasyid, kami sudah sepakat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mempunyai Anugerah Nasyid Kebangsaan, sekarang memang ada tapi belum begitu gah berbanding genre muzik lain,” kata beliau.

Terdahulu, Saifuddin mengadakan pertemuan dengan wakil agensi-agensi di bawah KKMM di Johor.

Turut hadir Ketua Setiausaha KKMM Datuk Suriani Ahmad serta wakil-wakil agensi termasuk Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran Johor dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top