BM | EN | 中文

KKM seru peserta ijtimak tabligh bekerjasama, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah

kementerian-kesihatan-malaysia.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi menyeru semua peserta perhimpunan (ijtimak) tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling pada akhir bulan lalu segera melaporkan kehadiran mereka kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.

Dalam satu kenyataan petang ini, KKM akan meletakkan peserta perhimpunan tersebut di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian seksyen 15(1) Aktra Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir perhimpunan tersebut.

Kenyataan itu turut menyebut arahan melibatkan kepada mereka dalam kontak rapat yang positif Covid-19.

Advertisement

“Begitu juga untuk kontak rapat kepada kes Covid-19, PUI yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke dalam hospital, mereka juga perlu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian mengikut ketentuan di bawah Akta yang sama,” kenyataan KKM dipetik.

Dalam pada itu KKM turut memaklumkan semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah telah menjalakan aktiviti berkaitan bagi kawalan kejadian Covid-19 dalam kalangan jemaah tabligh dan juga lain-lain kes disyaki Covid-19 bagi mengekang penularan.

“Semua pihak dimohon memberikan kerjasama rapat kepada pihak KKM dan bersama-sama membendung penularan ini dengan mengikuti nasihat-nasihat rasmi yang dikeluarkan.

Advertisement

“Rakyat Malaysia diminta tidak menularkan sebarang maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan kepada orang awam.

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top