KLUANG, 15 SEPT: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berharap agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memastikan kemaskini vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera kepada penerima vaksin di klinik swasta tepat waktu bagi mengelakkan orang ramai daripada mengambil lebih vaksin.
Chong Sin berkata, beliau mendapat maklumat dari ahli majlis dari parti MCA, sekurang-kurangnya enam hingga tujuh individu diberikan empat dos vaksin.
Chong Sin yang memetik sumber tidak dinamakan berkata, dua dos pertama adalah vaksin Sinovac melalui skim berbayar di klinik swasta yang dimulakan awal Ogos diikuti dua dos vaksin Pfizer melalui temujanji My Sejahtera di PPV kerajaan pada akhir Ogos.
“Saya menggesa KKM menyiasat apakah empat dos campuran dalam sebulan setengah berisiko untuk kesihatan, dan jika terbukti secara klinikal
“Saya menggesa KKM mengemaskini vaksin tepat pada waktunya di aplikasi My Sejahtera individu, untuk mengelakkan vaksinasi berulang,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu itu beliau membangkitkan persoalan sama sama ada tindakan individu yang menerima empat dos vaksinasi dibenarkan, atau melanggar undang-undang
“Saya faham bahawa Jabatan Kesihatan negeri Johor (JKNJ) sedang menyiasat masalah ini, dan sekiranya tidak dibenakan, saya berharap garis panduan jelas dapat dikeluarkan bagi menghentikan orang ramai melakukannya.
“Sekiranya vaksinasi empat dos ini benar-benar berlaku, ia mungkin yang pertama kali di dunia, dan mungkin bernilai untuk tujuan penyelidikan perubatan.
“Namun, saya menggesa orang ramai agar tidak mengambil risiko mengambil vaksin berulang kerana boleh membahayakan kesihatan, malah nyawa mereka,” kata Chong Sin lagi.
Johorkini