BM | EN | 中文

KKM perlu diberi peruntukan lebih besar – Adun Tiram

adun-tiram-S-Gopalakrishnan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JUN: Kerajaan wajar memberi peruntukan dan suntikan sumber kewangan yang lebih besar kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbanding agensi lain.

Adun Tiram, S Gopalakrishnan merujuk kepada kenyataan Pengarah Kesihatan melalui media sosial bahawa KKM terpaksa menggunakan kontena untuk menyimpan mayat.

“Apakah kerajaan tidak mampu untuk menyediakan tempat yang sesuai untuk menangani dan menguruskan isu ini? soal Gopalakrishnan.

Advertisement

Tambah beliau, pelaksanaan vaksinasi adalah antara contoh terkini, dimana kerajaan gagal menangani sistem pendaftaran yang diuruskan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (PICK).

“Keadaan itu menyebabkan pengguna berdepan kesukaran mengakses beberapa ciri di laman sesawangnya ketika permohonan dibuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

“Kita dapat melihat dan dengar luahan rasa kekecewaan rakyat berkenaan ketidakcekapan kerajaan dalam perkara ini,” katanya.

Advertisement

Dengan penguatkuasaan darurat, dan ‘total lockdown’ memberi kesan negatif kepada negara dan yang terpaling kesan adalah sosioekonomi rakyat.

“Parlimen masih tidak boleh bersidang walaupun tidak ada keperluan untuk mengantung sedangkan parlimen adalah institusi yang wajar bersidang untuk membincangkan isu rakyat.

“Timbalan Speaker Dewan Rakyat YB Azalina Othman telah memberi cadangan untuk mengadakan sesi sidang parlimen melaui maya tapi Perdana Menteri tidak pedulikan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top