BM | EN | 中文

KKM BENTANG AKTA BAHARU BERKAIT ROKOK ELEKTRONIK TAHUN DEPAN – DR DZULKEFLY

vaping-vs-smoking.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 SEPT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dalam fasa akhir menngubal akta baharu penggunaan tembakau, ‘vape’, rokok elektronik dan shisha, yang dirancang untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada persidangan sesi Mac 2020.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, akta baharu tersebut bersifat lebih menyeluruh, bagi menangani isu terkini..

“Kita hampir di penghujung perbincangan bersama Peguam Negara dan sangat mengharapkan dapat membentangkannya di Parlimen pada suku yang pertama sebelum Mac tahun hadapan,” Dzulkefly dipetik oleh Bernama dalam satu program di Sarawak.

Advertisement

Jelasnya, akata baharu yang dirangka ini juga merangkumi beberapa sisi lain yang bersangkutan dengan nikotin yang digunakan oleh pengguna yang menhisap ‘vape’ ataupun rokok elektronik.

Terdahulu, Timbalan Menteri, Dr Lee Boon Chye mengetuai jawatankuasa khas yang melihat kepada persoalan mengenai vape dan shisha yang turut membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), FCTC (Rangka Kerja Kawalan Tembakau) dan farmasi KKM bertanggungjawab melihat produk tembakau yang mengandungi nikotin.

 

Advertisement

Sumber: Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top