BM | EN | 中文

KJRI Johor Bahru cam 11 mayat, proses bawa pulang

KJRI-Johor-Bahru-cam-11-mayat-proses-bawa-pulang-sejak-semalam.jpg

Bot pancung dinaiki 50 PATI yang karam selepas berdepan cuaca buruk di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor (Gambar Ehsan Utusan Online)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 DIS: Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru melakukan pengecaman terhadap 11 rakyatnya yang maut selepas bot pancung dinaiki mereka karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi pada 15 Disember lalu.

KJRI Johor Bahru memaklumkan, proses pemulangan mayat mangsa mula dilaksana semalam melalui laluan laut dengan menaiki kapal patrol Polis Indonesia, KP Laksmana-7012.

“Proses serah terima dilaksanakan di Pelabuhan Johor Pasir Gudang dari KJRI Johor Bahru kepada Satgas Misi Kemanusiaan Internasional yang terdiri dari Kementerian Luar Negeri dan Polis Republik Indonesia.

Advertisement

“KJRI Johor Bahru menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pihak berkaitan atas kerjasama dan bantuan untuk memulangkan jenazah warganegara Indonesia tersebut ke sana,” menurut kenyataan JKRI, lapor Utusan Online.

Tambahnya, KJRI Johor Bahru turut menasihati warganegara itu yang mahu bekerja di Malaysia agar menggunakan laluan perjalanan yang sah agar tidak membahayakan diri dengan kejadian tidak diingini.

Pada 15 Disember lalu, sebuah bot pancung dinaiki seramai kira-kira 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia karam akibat dilanda ombak tinggi ketika cuaca buruk berhampiran pantai Tanjung Balau.

Advertisement

Akibat kejadian itu, hanya 13 daripada mereka selamat manakala 20 ditemukan lemas, seorang meninggal dunia di hospital sementara baki 16 yang lain masih hilang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top