BM | EN | 中文

KJ diseru mulakan perancangan awal untuk suntikan vaksin Covid-19 dos ketiga

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 29 OGOS: Menteri Kesihatan baru, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diseru memulakan perancangan awal untuk suntikan vaksin Covid-19 dos ketiga atau dos penggalak (booster dose) dari sekarang.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata langkah itu perlu terutamanya kepada golongan warga emas, golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik dan petugas-petugas barisan hadapan.

Tan merujuk statistik kes baharu mengikut kategori harian Kemenrterian Kesihatan Melaysia (KKM) bagi tempoh 10 hingga 27 Ogos bahawa kadar jangkitan Covid-19 dalam kumpulan vaksinasi lengkap tetap tinggi, antara 12.5 peratus hingga 24.6 peratus.

Advertisement

Manakala kadar jangkitan Covid-19 harian dalam golongan vaksinasi lengkap ialah lebih kurang 18.11 peratus.

“Walaupun tugas utama KKM ialah mempercepatkan kadar vaksinasi lengkap supaya warga Malaysia mendapat perlindungan maksimum.

“Akan tetapi, mengikut perkembangan Varian Delta (dengan dua kali ganda lebih muda menjangkiti berbanding strain asal virus Covid-19) telah menjadi varian dominan di seluruh dunia termasuk di Malaysia, sesetengah negara di dunia telah bersedia untuk memberi suntikan dos penggalak kepada warganegaranya.

Advertisement

“Justeru, Malaysia perlu segera merancang awal, mengkaji, mengumpul data dan menggubal polisi vaksinasi berkaitan dos ketiga mulai sekarang supaya negara kita tidak ketinggalan atau terlambat dalam mencegah sebarang penyakit berjangkit seperti Covid-19,” katanya.

Ujarnya menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sehingga 27 Ogos, peratusan terkini kadar vaksinasi populasi keseluruhan Malaysia ialah 58.5 peratus (dos pertama) dan 43.8 peratus (dos kedua).

Manakala peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 27 Ogos 2021 ialah 81.5 peratus (dos pertama) dan 61.1 peratus (vaksinasi lengkap).

Advertisement

Tan berkata, jumlah vaksin di Malaysia melalui pembelian dan sumbangan negara lain ialah 92,813,050 dos antaranya ialah Vaksin Pfizer sebanyak 45,799,650 dos, Vaksin AZ sebanyak 88,13,400 dos dan Vaksin Sinovac sebanyak 20.9 juta dos.

Jumlah ketiga-tiga jenis vaksin ini ialah 75,513,050 dos, dan jumlah ini meliputi keperluan 32,657,400 populasi Malaysia dengan setiap orang lengkap dua dos suntikan.

“Sekiranya suntikan dos ketiga atau dos penggalak akan diberi, pembelian vaksin perlu ditambah.

Advertisement

“Justeru, saya menggesa perancangan awal suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 dimulakan segera serta polisi vaksinasi negara digubal dalam masa terdekat.

Tan memetik kajian pusat kajian suntikan dos penggalak Covid-19 di England dan Amerika Syarikat yang menunjukkan keberkesanan vaksin mencegah Covid-19 semakin turun selepas setengah tahun vaksinasi lengkap tanpa suntikan dos penggalak.

Manakala di England, keberkesanan Vaksin Pfizer dan Vaksin AstraZeneca (AZ) mencegah Covid-19 menurun kepada 74 peratus dari 88 peratus dan 67 peratus dari 77 peratus) masing-masing.

Advertisement

“Hasil kajian Centers for Disease Control and Prevention (CDC) Amerika Syarikat pula menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin mencegah varian Delta turun kepada 66 peratus daripada 91 peratus selepas setengah tahun vaksinasi lengkap,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top