BM | EN | 中文

KJ, Adham perlu selesaikan isu sijil digital MySejahtera tak terpapar kepada penerima vaksin klinik swasta

KJ-Adham-perlu-selesaikan-isu-sijil-digital-MySejahtera-tak-terpapar-kepada-penerima-vaksin-klinik-swasta.jpg

Adun Jementah Tan Chen Choon (baju kuning) melaksanakan kerja sanitasi di tempat-tempat awam di sekitar kawasan Kampung Abdullah, Segamat dan Bandar Segamat bersama Pasukan Tindak Sanitasi DAP Gemas Baru dan Batu Anam

Advertisement

SEGAMAT, 13 SEPT: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba perlu segera menyelesaikan masalah sijil digital vaksinasi tidak terpapar di aplikasi MySejahtera bagi penerima vaksin Covid-19 berbayar di klinik swasta.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, beliau menerima banyak aduan dari orag ramai bahawa Sijil Digital Vaksinasi hanya terpapar selepas tiga hingga lima hari dari tarikh suntikan dos kedua dengan syarat aplikasi MySejahtera perlu dikemaskinikan kepada versi terbaharu.

Namun katanya, klinik swasta dimaklumkan oleh pembekal vaksin melalui emel bahawa mereka memerlukan tempoh masa dua hingga empat minggu lagi bagi proses Sijil Digital Vaksinasi yang melibatkan sesiapa yang menerima vaksin Covid-19 dengan tanggungan kos sendiri.

Advertisement

“Saya telah difahamkan bahawa selepas lengkap vaksinasi, suntikan vaksin Covid-19 dengan biaya sendiri hanya akan mendapat kad suntikan vaksinasi dan Sijil Digital Vaksinasi daripada pembekal vaksin berkenaan.

“Namun, hampir di semua tempat atau premis kunjungan orang ramai, pengawal-pengawal atau pemilik hanya terima Sijil Digital Vaksinasi yang terpapar dalam aplikasi MySejahtera.

“Situasi ini telah mendatangkan kesulitan kepada mereka yang lengkap vaksinasi tetapi tidak mempunyai Sijil Digital Vaksinasi dalam MySejahtera, sehingga mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam premis tersebut,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Secara tidak langsung katanya, klinik swasta yang memberi perkhidmatan suntikan vaksin Covid-19 biaya sendiri juga menerima tekanan, desakan dan persoalan daripada orang ramai tentang masalah ini.

“Masalah ini sepatutnya tidak akan terjadi, kerana klinik swasta hanya bekerjasama dengan kerajaan untuk mempercepat kadar vaksinasi supaya imuniti kelompak tercapai dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya lagi.

Kata Tan lagi, selepas pengumuman pembukaan sektor perdagangan dan pengedaran dan demi memenuhi syarat ditetapkan bagi memastikan vaksinasi lengkap secepat mungkin, sesetengah rakyat terpaksa membiayai kos suntikan vaksin Covid-19 sendiri.

Advertisement

Tambah Tan, ini kerana mereka tidak menerima janji temu vaksinasi di MySejahtera dan secara tidak langung, kadar vaksinasi di kawasan Jementah telah dipertingkatkan dan sasaran imuniti kelompak juga akan tercapai dalam masa terdekat.

“Kerajaan perlu segera menyelesaikan masalah teknikal yang melibatkan kerja-kerja intergrasi Sijil Digital Vaksinasi daripada pembekal vaksin ke aplikasi MySejehtera secepat mungkin.

“Dengan ini, barulah rakyat yang lengkap vaksinasi secara berbayar dapat menerima Sijil Digital Vaksinasi dalam MySejahtera dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top