BM | EN | 中文

Kitar3Cycle kini sedia tembusi kawasan desa

Boo-Tsong.jpg

Boon Tsong (lima, kiri) ketika menyempurnakan Kitar3Cycle di Kampung Baru Senai

Advertisement

KULAI, 23 FEB: SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) Wilayah Johor Selatan, menerusi program kitar semula berganjaran Kitar3Cycle bersedia untuk menembusi permintaan komuniti kawasan desa melalui jalinan kerjasama strategik dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, pengenalan program berkenaan di kawasan desa merupakan langkah pihak SWM Environment untuk membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat secara menyeluruh melangkaui kawasan perkhidmatan di negeri ini.

Katanya, program yang berteraskan kaedah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca (PSDP) ini menawarkan mata ganjaran bagi 30 jenis barangan kitar semula lain yang turut merangkumi barangan seperti fabrik, komponen elektrik dan elektronik serta tetrapak.

Advertisement

“Program ini menjadi platform mendidik masyarakat menguruskan sisa pepejal dengan betul yang seterusnya dapat mengurangkan pembaziran sumber barangan yang boleh dikitar semula daripada di hantar ke tapak-tapak pelupusan sekali gus mengurangkan pelepasan karbon serta melestarikan alam sekitar.

“Program ini memenuhi perkembangan digital masa kini dengan membolehkan setiap ahli berdaftar memantau dan menebus mata ganjaran mereka melalui aplikasi Kitar3Cycle yang boleh dimuat turun daripada Google Play atau Apple Store secara percuma.
“Malah, ia turut menyediakan platform penebusan mata ganjaran melalui perbankan atas talian dan dompet elektronik (e-wallet),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi ADUN Senai, Tee Boon Tsong melancarkan program tersebut di Kampung Baru Senai.

Advertisement

Turut hadir; Ahli Majlis Perbandaran Kulai, Tai Lip Kui dan Pengerusi MPKK Kampung Baru Senai, Kwee Kim Seng.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak SWM Environment amat mengalu-alukan kerjasama strategik melibatkan organisasi atau komuniti bagi melaksanakan program tersebut.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top