BM | EN | 中文

Kit Siang sokong CSA reformasi, tumpu perangi Covid-19

Lim-Kit-Siang.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 OGOS: Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menyatakan sokongannya terhadap perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) berasaskan reformasi dengan kerajaan bagi mengetepikan politik dan menumpukan perang melawan Covid-19.

Beliau berkata, semua rakyat Malaysia perlu bersatu dalam hal itu.

“Mengurangkan kes Covid-19 kepada angka tiga digit pertama dan kemudian angka dua digit dan mengurangkan kematian Covid-19 kepada angka dua digit pertama dan kemudian kepada satu angka adalah paling penting dan mustahak.

Advertisement

“Semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, wilayah atau politik mesti bersatu dalam usaha nasional ini,” katanya lapor Roketkini.

Ujarnya beliau menyokong agar Pakatan Harapan dan pembangkang mencapai perjanjian kepercayaan-perbekalan-reformasi dengan kerajaan agar dapat mengenepikan politik selama 12-18 bulan.

Ia katanya agar semua rakyat Malaysia memberi tumpuan untuk memenangi perang melawan pandemik Covid-19, kembalikan negara kepada sedia kala dan mulakan pemulihan negara dan ekonomi.

Advertisement

Veteran DAP itu berkata CSA reformasi ini mestilah perjanjian yang bermakna, dan bukan dokumen kosong.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top