BM | EN | 中文

Kit Siang harap Warisan, Pejuang dan Muda setuju MOU CSR dengan PM

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 17 SEPT: Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berharap parti Warisan, Pejuang dan Muda menyokong dan menandatangani MOU CSR dengan Perdana Menteri untuk masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.

Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata, gencatan senjata politik mesti dilaksanakan dalam tempoh 10 hingga 18 bulan dari sekarang untuk menyatukan rakyat Malaysia.

Langkah itu katanya agar semua pihak dapat memberikan tumpuan tidak berbelah dalam usaha memenangi perang melawan wabak Covid-19 dan mengatasi kesan yang ditimbulkan oleh wabak ini.

Advertisement

“Kita tidak mahu Malaysia berakhir sebagai negara kleptokrasi, kakistokrasi dan gagal.

“MOU CSR tidak bermaksud tiada lagi blok Pembangkang di Parlimen kerana Ahli Parlimen DAP dan PH akan terus bersuara dan mengangkat agenda keadilan, kebebasan, kemajuan dan perpaduan seperti biasa yang kami lalukan selama ini.

“Kami ingin memenuhi Impian Malaysia; untuk negara ini menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan untuk menunaikan hasrat Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman agar Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”, kata Kit Siang.

Advertisement

Tambah beliau rakyat Malaysia, perlu memastikan MOU CSR yang ditandatangani Ismail Sabri dan pemimpin PH membericpeluang bersejarah untuk menetapkan semula hala tuju Malaysia ke arah pemulihan ekonomi dan sosial dalam era pasca-Covid-19.

Kit Siang merujuk laman web “Our World in Data”, bahawa Malaysia kini teratas pada 15 September dengan “kes kematian akibat Covid-19 per sejuta penduduk” tertinggi.

Ia bukan hanya di rantau ASEAN, malah mengatasi Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan Vietnam dan negara-negara besar yang lain seperti China, India, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, United Kingdom, Iran, Turki, Brazil dan Mexico.

Advertisement

“Inilah sebabnya mengapa gencatan senjata politik mesti dilaksanakan dalam tempoh 10-18 bulan dari sekarang untuk menyatukan rakyat Malaysia supaya mereka dapat memberikan tumpuan tidak berbelah dalam usaha memenangi perang melawan wabak Covid-19 dan mengatasi kesan yang ditimbulkan oleh wabak ini.

“Saya berharap Warisan, Pejuang dan Muda menyokong dan menandatangani MOU CSR dengan Perdana Menteri untuk masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top