BM | EN | 中文

Kit Siang gesa sidang parlimen khas bincang peningkatan kes Covid-19

Lim-Kit-Siang-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 DIS: Kabinet harus memutuskan untuk mengadakan sidang parlimen khas pada Januari depan bagi menangani situasi gelombang ketiga pandemik Covid-19, kata ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Katanya, kerajaan perlu menggunapakai strategi melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan Covid -19 dan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Covid-19

“Semalam, Malaysia mencatatkan 1,925 kes baru Covid-19, meletakkan Malaysia di tempat ke-35 dengan peningkatan kes harian tertinggi Covid-19 di dunia.

Advertisement

“Situasi pandemik Covid-19 di Malaysia nampaknya seperti tidak terkawal.

“Mesyuarat kabinet terakhir tahun ini yang berlangsung hari ini harus berusaha memperbaiki kesilapan kerajaan dalam memimpin peperangan melawan wabak Covid-19,” kata Kit Siang dalam kenyataan hari ini.

Veteran DAP itu berkata Malaysia telah mengatasi China di mana wabak ini tercetus yang mempunyai populasi 40 kali ganda berbanding Malaysia, dalam jumlah terkumpul kes positif Covid-19, pada 16 Disember.

Advertisement

“Apa yang berlaku dengan sistem kesihatan awam di Malaysia? Negara ini harus menjadi antara yang terbaik dan bukan antara yang terburuk di ASEAN.

“Pakar kesihatan meminta supaya strategi yang berbeza diguna pakai dalam usaha memerangi Covid-19 untuk mengelakkan bebanan yang lebih besar terhadap sistem kesihatan awam.

“Ini seharusnya menjadi agenda utama kabinet hari ini, dan pengumuman strategi baru untuk mengendalikan gelombang ketiga pandemik Covid-19 harus diumumkan setelah mesyuarat kabinet tamat.

Advertisement

Kata Kit Siang, dalam konteks ini amaran mantan setiausaha tetap Kementerian Luar Negeri Singapura, Bilahari Kausikan seperti dilapor NikKei Asia bahawa ‘Asia Tenggara mesti bersiap sedia untuk situasi terburuk pada tahun 2021’ harus dipandang serius oleh kabinet.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top