BM | EN | 中文

Kit Siang gesa kabinet lancar operasi ‘sifar jalan berlubang’, bayar ganti rugi mangsa kemalangan

lim-kit-siang.jpg

Gambar Ehsan FMT

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 5 JAN: Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menggesa kerajaan dan kabinet melancarkan ‘Operasi Sifar Jalan Berlubang’ sebagai komitmen untuk menyelesaikan masalah jalan raya di negara ini.

Kata Kit Siang, dalam perutusan tahun baru Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap mengenai lima tonggak utama kerajaan PN, dengan salah satunya untuk “mengukuhkan kedudukan Malaysia di pentas dunia”.

“Adakah ini caranya dengan rakyat Malaysia terkorban akibat kemalangan disebabkan lubang di jalan raya untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia di pentas dunia?

Advertisement

“Sebagai langkah pertama dalam “Operasi Sifar Jalan Berlubang”, kerajaan seharusnya membayar pampasan ex -gratia kepada keluarga mangsa kemalangan akibat jalan berlubang ini sebagai gantirugi kepada pengakuan terhadap kegagalan kerajaan dalam memastikan tidak ada jalan berlubang di jalan-jalan awam dalam negara kita,” kata veteran DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan peranan Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof, yang merupakan Menteri Kerja Raya di bawah kerajaan BN selama lima tahun di antara tahun 2013-2018.

Malah kata Kit Siang, menteri sama dilantik di bawah kerajaan Perikatan Nasional bermula 1 Mac 2020.

Advertisement

“Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang telah terkorban akibat lubang di jalan raya di negara kita ini?

“Berapa ramaikah lagi yang perlu terkorban akibat lubang di jalan raya sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan untuk memenuhi akujanji “sifar lubang jalanraya” di jalan-jalan awam dalam negara kita, seperti yang dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun 2016?

“Kedudukan Malaysia di mata dunia terus-menerus merudum, kini dengan rakyat Malaysia yang terkorban akibat kakistokrasi dalam negara kita,” ujarnya lagi.

Advertisement

Sebelum ini satu kematian dilaporkan apabila seorang pemandu penghantaran makan Grab Food berusia 31 tahun di Mutiara Damansara terlanggar lubang di jalan mengakibatkannya hilang kawalan motosikalnya sebelum terbabas ke bahagian bahu jalan.

Sebelum itu, seorang warga emas lelaki 75 tahun yang menunggang motosikal ditemui mati di lokasi kemalangan dipercayai berpunca terlanggar lubang di jalan raya di Jalan Tengah, Kuala Lumpur.

Tambah beliau Malaysia telah terkenal di seluruh dunia sebagai negara yang berhadapan dengan wabak Covid-19 di dunia tanpa Menteri Kesihatan yang efektif.

Advertisement

Malah, Meneri Kesihatan Dr Adham Baba melakukan beberapa kesilapan seperti “air suam merawat Covid-19”, “500 negara di seluruh dunia”, dan “15 negeri di Malaysia”.

“Malaysia sudah cukup terkenal sebagai sebuah kleptokrasi akibat skandal 1MDB.

“Negara kita tidak pernah lagi terjunam sehingga ke tahap ini sebelum ini.

Advertisement

“Adakah rakyat Malaysia ditakdirkan untuk mendapat lebih ramai menteri yang bersifat kakistokratik? kata Kit Siang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top