BM | EN | 中文

Kit Siang gembira, selepas empat dekad RUU anti lompat parti dibentang

Lim-Kit-Siang.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Selepas lebih empat dekad, menjadi ahli parlimen Rang Undang-undang (RUU) anti lompat parti akhirnya akan dibentangkan.

Perkara itu kata ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang adalah perkara yang menggembirakannya.

“Saya amat gembira apabila dapat melihat undang-undang anti-lompat parti selepas berkempen untuk adanya undang-undang ini selama empat dekad,” kata veteran DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Katanya, 43 tahun yang lalu bertarikh 21 Mac 1978, beliau telah membawakan satu usul persendirian di Parlimen untuk membentangkan undang-undang anti-lompat parti untuk menyekat rasuah politik dan memastikan persekitaran politik yang lebih bersih.

“Saya tidak berjaya,” katanya mengimbas semula perkara itu.

Kit Siang turut melampirkan ucapan perbahasannya, 43 tahun tahun yang lalu:

Advertisement

“Tidak ada perkara yang lebih menjijikkan di mata rakyat Malaysia daripada melihat Ahli-ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang diundi di atas tiket satu-satu parti yang kemudiannya mengkhianati Parti tersebut dan amanah rakyat dengan bertukar parti. Mereka ini tidak jauh bezanya dengan penipu.

“Perbuatan seperti ini merendahkan sistem politik dan hanya menguatkan pandangan bahawa ‘politik itu kotor’, sedangkan politik itu hanyalah kotor apabila mereka yang menyertai politik itu sendiri yang mengotorinya.

“Pengkhianatan Ahli Parlimen atau ADUN daripada parti yang diundi mereka ini adalah satu perkara yang amat tidak menyenangkan dan tidak beretika, kerana mereka ini bukanlah diundi semata-mata kerana sifat peribadi mereka, tetapi juga kerana Parti yang diwakili mereka.

Advertisement

“Perbuatan ini juga membolehkan wakil rakyat yang diundi ini untuk dijual beli seakan-akan mereka ini barangan di pasar.

“Sekiranya seorang Ahli Parlimen itu meletakkan jawatan daripada Parti atau dipecat daripada Parti di mana beliau diundi, beliau perlulah mengosongkan jawatannya untuk membuka ruang kepada satu pilihan raya kecil.

“Sekiranya perletakan jawatan atau pemecatan tersebut adalah mengenai isu prinsip politik dan mendapat sokongan rakyat setempat, pastinya Ahli Parlimen atau ADUN tersebut tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk diundi semula,” ucapan perbahasan itu dipetik.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top