BM | EN | 中文

Kisona muncul juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol

S-Kisona-badminton-Sepanyol.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Pemain perseorangan wanita negara, S Kisona muncul juara Kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol 2021 selepas menewaskan rakan senegara, Goh Jin Wei di La Nucia, hari ini.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 yang kembali selepas berehat sebentar untuk memperbaiki prestasinya, menewaskan bekas juara remaja dunia dua kali 21-14, 21-19 dalam aksi yang berlangsung 31 minit.

Ia adalah kemenangan kedua Kisona ke atas Jin Wei selepas mengatasi pemain kelahiran Pulau Pinang itu pada kejohanan Masters Thailand.

Advertisement

Terdahulu, pada peringkat separuh akhir, Kisona menyingkirkan pemain Perancis, Yaelle Hoyaux 21-18, 21-10, manakala Jin Wei mengenepikan seorang lagi pemain negara, Eoon Qi Xuan 21-17, 21-11, menurut laman rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.com.

Sementara itu, gandingan Tee Kai Wun-Teoh Mei Xing mengungguli acara beregu campuran selepas menewaskan pilihan ketiga, Callum Hemming-Jessica Pugh dari England.

Pasangan negara terpaksa bermandi peluh dalam tempoh 50 minit pertarungan, sebelum berjaya meraih gelaran antarabangsa sulung mereka dengan kemenangan 21-15, 13-21, 21-19.

Advertisement

Kejayaan berganda buat Kai Wun apabila turut meraih gelaran juara acara beregu lelaki bersama gandingannya, Man Wei Chong.

Bagaimanapun, gandingan negara itu terpaksa mengharungi pertarungan sengit sebelum berjaya mengalahkan pasangan Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar 21-15-21-18.

Terdahulu, pada pusingan separuh akhir, gandingan muda negara itu menyingkirkan Matthew Clare-Ethan Van Leeuwen dari England 21-11, 21-11 untuk mara ke final.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top