BM | EN | 中文

Kisah pemuda dibuang kerja pulang ke Perak dibantu pegawai Adun Mengkibol

pembantu-adun-mengkibol-bantu-pemuda-dibuang-kerja.png

Pembantu Adun Mengkibol, Ms Boo (kanan) bersama pemuda yang dibantunya tempoh hari

Advertisement

KLUANG, 3 MEI: Seorang pegawai di pusat khidmat rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol berkongsi kisahnya membantu seorang pemuda yang dipecat majikan, sehari sebelum sambutan Hari Pekerja 2020.

Tambah menyedihkan menurut Ms Boo, pembantu kepada Adun Mengkibol Chew Chong Sin, pemuda itu bukan hanya dipecat malah diminta keluar dari asrama pekerja pada hari yang sama.

Ms Boo dalam catatan yang disiarkan di laman Facebook Adun Mengkibol berkata, beliau bertugas seperti biasa pada 1 Mei terkejut apabila didatangi seorang pemuda yang meminta bantuan.

Advertisement

“Ketika saya sedang bekerja di bilik gerakan Covid-19 Mengkibol seperti biasa pagi ini, tiba-tiba seorang pemuda datang meminta bantuan.

“Dia telah dipecat oleh pihak majikannya semalam, sehari sebelum Hari Pekerja (1 Mei). Dia bukan sahaja dipecat dengan serta-merta, malahan diminta berpindah dari asrama pada hari yang sama,” kata Ms Boo.

Tambahnya, pemuda itu terpaksa bermalam di tepi jalan sebelum memohon pas pergerakan di Balai Polis Kluang untuk pulang ke kampung halamannya di Perak.

Advertisement

“Tetapi, pas itu tidak dapat diperolehi kerana tiada sebarang surat rujukan yang dapat dikemukakan,” kata Ms Boo.

Justeru itu katanya, pemuda tersebut terpaksa datang dan meminta bantuan di Pejabat ADUN Mengkibol akibat ketiadaan pas pergerakan selain tambang pulang.

Kata Ms Boo, tiada perkhidmatan bas yang merentasi negeri buat masa ini dan memerlukan perjalanan menaiki bas dari Kluang ke Johor Bahru dan dari Johor Bahru ke Ipoh.

Advertisement

“Saya perlu membantunya mendapatkan pas pergerakan secepat mungkin. Selepas habis kendalikan semua urusan dan menghantarnya ke perhentian bas, barulah saya berasa lega,” kata Ms Boo.

Katanya, pemuda itu turut memberitahu ramai rakan sekerjanya telah dipecat tanpa sebarang notis, dan gaji yang dihitung hanya akan dibayar pada minggu hadapan.

“Rakan sekerjanya yang tinggal di sekitar Kluang boleh pulang ke rumah masing-masing, namun nasib berbeza menimpa pemuda itu.

Advertisement

“Saya merasakan bahawa berapa ramai lagi telah dipecat di luar, menghadapi risiko dibuang kerja dan masalah putus pendapatan?

“Ini juga mengingatkan saya untuk menghargai masa bekerja dan pada yang masih ada kerja, amatlah bersyukur. Sempena Hari Pekerja ini, semoga semua dapat bekerja, sihat dan gembira,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top