BM | EN | 中文

Kisah kejayaan kerajaan Johor kurang liputan-Exco Komunikasi

dzulkefly-4.jpg

Dzulkefly (lima, kiri) bersama watak super hero di perkarangan lobi Jabatan Penyiaran Johor sempena Majlis Pelancaran Sambutan 55 Tahun Johor FM, hari ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 FEB: Kisah kejayaan kerajaan Johor kurang mendapat liputan dan memerlukan langkah bersepadu bagi menyampaikan maklumat ke peringkat akar umbi.

Exco Perumahan, Komunkasi dan Multimedia negeri Johor, Dzulkefly Ahmad ketika memetik suatu laporan oleh penyelidik bebas berkata, bahawa kira-kira 80 peratus responden dalam satu kajian menyatakan tidak mendapat maklumat, tentang dasar, program dan kisah kejayaan kerajaan negeri Johor.

“Ada satu kajian yang dibuat oleh penyelidik bebas khususnya di negeri Johor, secara ‘face to face’ (bersemuka) dan bukan melalui panggilan sahaja.

Advertisement

“Dikatakan 80 peratus daripada responden tidak mendapat maklumat tentang dasar, program dan kisah kejayaan tentang kerajaan negeri Johor.

“Saya lihat ini secara positif dan kita ambil sebagai satu cabaran bersama, betapa perlunya untuk kita bekerja sebagai satu pasukan, supaya setiap rakyat bangsa Johor mendapat maklumat daripada pihak kerajaan sebagaimana yang diharapkan,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Johor FM dalam slot ‘Hello Permata’ sempena majlis pelancaran sambutan 55 tahun Johor FM, di sini, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, Jabatan Penyiaran dan Johor FM menunjukkan prestasi yang baik dalam memainkan peranan menyampaikan maklumat kepada rakyat, namun pencapaian tersebut perlu terus dipertingkatkan.

“Kita tak berhenti di situ sahaja. Proses penambahbaikan mesti lakukan daripada semasa ke semasa agar kualiti perkhidmatan yang diberikan itu adalah yang terbaik,” katanya lagi.

Terdahulu pada pagi ini, Dzulkefly Ahmad yang juga ADUN Kota Iskandar sempat mempamerkan bakat beliau dengan mengendalikan konti Johor FM di Bilik Siaran.

Advertisement

Hadir sama pada majlis pelancaran sambutan 55 tahun Johor FM ialah Timbalan Pengarah Penyiaran Johor, Shahri Saripan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top