BM | EN | 中文

Kisah jurugambar sambilan NSTP Johor dapat simpati ramai

NSTP.png
Advertisement

BATU PAHAT, 20 NOV: Kisah penderitaan bekas jurugambar sambilan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Johor Dazar Suarman yang menghidap penyakit barah perut dan buah pinggang sejak Ogos lepas terus meraih simpati pelbagai pihak, yang tampil menghulurkan bantuan.

Antara pihak yang menyalurkan sumbangan hari ini ialah Pasaraya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pusat Pendidikan Hidayah Bhd.

Pengurus Besar Econsave Cash & Carry Cawangan Selatan Mas Imran Adam berkata pihaknya terpanggil untuk memberi bantuan keperluan harian kerana memahami keperluan mendesak Dazar.

Advertisement

Katanya bantuan yang disalurkan itu, diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban ditanggung Dazar, yang kini hanya bergantung hidup dengan wang pencennya sebagai pesara anggota polis untuk perbelanjaan perubatan dan keperluan harian.

“Hari ini kita ada bawa sumbangan seperti lampin pakai buang dan beberapa barangan lain yang mana kita harap dapat membantu meringankan beban mereka sekeluarga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat Dazar di kediamannya di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, di sini semalam.

Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Pembantu Bahagian Korporat PTP Nur Azrina Ibrahim.

Advertisement

Sementara itu, Dazar, 71, berkata beliau terpaksa menjual semua kamera dan peralatan semasa bekerja sebagai jurugambar setelah disahkan menghidap kanser tiga bulan lepas bagi menampung sebahagian kos perubatan.

Katanya beliau juga telah menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan rawatan di empat pusat perubatan berbeza sejak disahkan menghidap penyakit itu.

“Sejak disahkan sakit, saya mengunjungi empat pusat rawatan iaitu Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Pantai Hospital di Batu Pahat, selain Hospital Pakar KPJ Puteri dan Oncology Clinical & Daycare Centre di Johor Bahru.

Advertisement

“Namun buat sementara waktu ini doktor hanya memberi ubat tahan sakit sementara menunggu mendapatkan ubat sebenar dari luar negara yang berharga RM3,000 bagi kegunaan seminggu,” katanya.

Isnin lepas, media melaporkan penderitaan Dazar yang bukan hanya menderita penyakit itu malah perlu menanggung isterinya Rufiah Karsan, 68, yang turut menghidap barah payudara sejak 2009 selain menjaga seorang anak orang kurang upaya (OKU), Sariah, yang berusia 38 tahun.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top