BM | EN | 中文

Kiosk pencuci mulut terbakar

keadaan-kebakaran.jpg

Keadaan kebakaran yang berlaku

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 FEB: Dapur sebuah kiosk pencuci mulut di sebuah pusat membeli-belah di Taman Abad, di sini musnah dijilat api, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada 6.07 pagi di tingkat dua bangunan tersebut telah memusnahkan peralatan di kiosk berkenaan.

Komander operasi, Haizrul Rahmad berkata, kebakaran berkenaan telah mengaktifkan sistem pemercik air di bangunan berkenaan.

Advertisement

“Pusat Operasi Johor menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.07 pagi dan beberapa minit kemudian 22 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian.

“Dua buah jentera, satu tangki air, satu EMRS dan dua unit motosikal Rapid Intervention (RIM) juga dihantar ke lokasi untuk operasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, bagaimanapun kebakaran itu tidak menjejaskan struktur bangunan dan tiada mangsa terlibat semasa kejadian.

Advertisement

“Punca dan jumlah kerugian yang ditanggung dalam kebakaran masih dalam siasatan dan operasi kemudiannya tamat pada jam 7.45 pagi,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top