BM | EN | 中文

Kini lebih 8,000 kes Covid-19 di Singapura

Coronavirus-Singapore.jpg

Gambar Ehsan pharmaceutical-technology.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 APR: Singapura mencatatkan kes positif Covid-19 harian tertinggi iaitu sebanyak 1.426 kes menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini kepada 8,014 kes.

Laman Channel News Asia melaporkan sebilangan besar kes baharu adalah terdiri daripada pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing, menurut laporan Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.

Daripada jumlah tersebut, 16 kes adalah rakyat Singapura atau mereka yang bertaraf penduduk tetap.

Advertisement

“Kami masih meneliti perincian kes, dan kemaskini lanjut akan dikongsi melalui siaran media MOH yang akan dikeluarkan malam ini,” kata kementerian itu.

Singapura kini merupakan negara yang paling teruk di Asia Tenggara dilanda kes jangkitan Coivd-19, mengatasi Indonesia dan Filipina.

Difahamkan sebanyak 18 asrama pekerja asing telah diwartakan sebagai kawasan pengasingan, akibat peningkatan jumlah kes Covid-19.

Advertisement

Sehingga Ahad, kluster S11 Dormitory di Punggol sebagai jumlah terbesar dengan 1,508 kes diikuti Sungei Tengah Lodge, dengan 521 kes.

Dalam pada itu, semua pemegang permit kerja dan pemegang Pas S di sektor pembinaan telah diberikan notis kuarantin wajib sehingga 4 Mei sebagai langkah pencegahan Covid-19.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) memaklumkan walaupun terdapat peningkatan jangkitan di kalangan pekerja asing yang tertumpu di asrama pekerja, namun terdapat juga kes berlaku di tempat kerja pembinaan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top