BM | EN | 中文

KILANG SISA ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DIARAH TUTUP

IMG-20191010-WA0016-e1570710857720.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OKT : Sebuah kilang sisa elektrik dan elektronik (e-waste) di Machap diarah tutup serta-merta kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan, Isnin lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejateraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata, tindakan tersebut diambil selepas operasi penguatkuasaan bersepadu dijalankan.

Menurutnya, operasi itu berkenaan melibatkan pelbagai agensi dan dilaksanakan selepas mendapat aduan dari masyarakat setempat.

Advertisement

“Setiap agensi penguatkuasa yang terlibat telah mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa masing-masing.

“Majlis Daerah Simpang Renggam telah mengemukakan pemakluman tindakan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Johor telah menyita kesemua sisa elektrik dan elektronik yang terdapat di premis berkenaan dan segala peralatan kawalan pencemaran.

Advertisement

“Kertas siasatan juga telah disediakan oleh pihak JAS untuk tindakan perundangan susulan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini

Chen Choon berkata, tindakan yang diambil JAS adalah di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Jabatan Imigresen Malaysia pula telah menahan seramai 107 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bekerja di premis tersebut.

Advertisement

“Badan Kawalselia Air Johor (Bakaj) telah mengambil tindakan menghentikan bekalan air ke premis berkenaan,” katanya.

Justeru beliau mengingatkan pemilik premis sisa elektrik dan elektronik di serata negeri Johor mengambil perhatian dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

“Pemantauan dan penguatkuasaan oleh

Advertisement

agensi penguatkuasaan akan dilaksanakan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti yang melanggari

undang-undang,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top