BM | EN | 中文

Kilang proses minyak sawit di Pasir Gudang dikompaun RM64,000

Kilang-proses-minyak-sawit-dikompaun-RM64000.jpeg

Gambar Ehsan Utusan Online

Advertisement

PASIR GUDANG, 8 JAN: Sebuah kilang berasaskan minyak sawit di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini dikenakan tindakan kompaun sejumlah RM64,000 kerana gagal mengurus buangan terjadual.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dilaporkan Utusan Online berkata, tindakan itu dibuat susulan pemeriksaan yang dibuat oleh sepasukan pegawai penguat kuasa JAS Cawangan Pasir Gudang.

Menurut kenyataan itu, premis berkenaan didapati gagal dalam pengendalian dan pengurusan bahan buangan yang terhasil.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebuah kilang yang berasaskan minyak sawit itu gagal dalam mengendali dan menguruskan bahan buangan dengan baik.

“Justeru, JAS Johor telah mengeluarkan 32 kompaun dengan nilai keseluruhan sebanyak RM64,000 kepada pemilik premis berasaskan minyak sawit di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang,” katanya.

Tambah JAS, premis itu didapati gagal dalam pengendalian dan pengurusan bahan buangan dan telah melanggar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top