BM | EN | 中文

Kilang proses arak tiruan di Senai digempur polis

Kilang-proses-arak-tiruan-di-Senai-digempur-polis.jpg
Advertisement

KULAI 13 MEI: Sindiket memproses arak tiruan yang beroperasi selama tiga tahun di Taman Desa Idaman, Senai, di sini tumpas selepas polis menyerbu kilang dan menahan dua lelaki pada Isnin lepas.

Serbuan dijalankan Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam bersama Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai pada 6.10 pagi itu turut merampas 93 tong dram berisi 18,600 liter cecair arak tiruan; 17 tong gelen mengandungi 340 liter pati campuran arak dan 5,419 botol atau 4,138.4 liter arak yang dipercayai tidak mempunyai cukai kastam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, dua individu yang ditahan adalah pekerja, masing-masing seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun dan seorang lagi adalah warga Myanmar berumur 35 tahun.

Advertisement

“Turut dirampas, sebuah van jenis Toyota Hiace, lima pam air, beberapa gulung pelekat Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang palsu dan dua mesin gerudi.

“Kesemua rampasan dibuat (termasuk arak) bernilai RM9.55 juta,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kilang berkenaan di sini semalam

Advertisement

Hadir sama Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Abd Rahim berkata premis digunakan dipercayai disewa dan arak dihasilkan pula dipasarkan ke seluruh negeri ini.

“Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976 untuk mengenal pasti lokasi asal sindiket mendapatkan barangan mentah bagi menghasilkan arak tiruan berkenaan selain mengesan individu lain yang turut terbabit,” katanya.

Advertisement

Menurutnya, bermula 1 Januari hingga 10 Mei tahun ini, PGA telah menjalankan sebanyak 52 serbuan Op Kontraban di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur dan menahan seramai 118 individu berumur antara 23 hingga 64 tahun selain merampas pelbagai barangan seperti rokok, minuman keras, dadah dan mercun bernilai keseluruhan kira-kira RM27 juta.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top