BM | EN | 中文

Kilang perabot di Mount Austin musnah terbakar

kebakaran-rumah-14-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 DIS: Sebuah kilang perabot di Jalan Mutiara 5/13, Taman Mount Austin, di sini musnah dalam satu kebakaran yang berlaku petang semalam.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Tahrin Saat berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran itu pada jam 6.56 petang.

“Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kilang dua tingkat itu telah musnah dalam kebakaran.

Advertisement

“Kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Tahrin, operasi kebakaran itu membabitkan sebuah jentera dari BBP Johor Jaya dan BBP Johor Bahru.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya yang memberitahu operasi ditamatkan pada jam 9.02 malam.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top