BM | EN | 中文

Kilang kitar semula terbakar

kilang-terbakar-1.jpg

Kilang kitar semula di Jalan Idaman 1/4 Industri Wangsa Idaman, Taman Scientex, Kulai di sini terbakar malam tadi.

Advertisement

KULAI, 20 JAN : Sebuah kilang kitar semula di Jalan Idaman 1/4 Industri Wangsa Idaman, Taman Scientex, Kulai di sini terbakar malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Awang berkata, seramai 11 anggota dengan dua jentera dari balai itu dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, seramai 23 anggota dari balai bantuan, BBP Kulai, BBP Skudai, BBP Larkin membabitkan dua jentera, dua water tanker dan sebuah kenderaan EMRS turut ke lokasi.

Advertisement

Operasi turut melibatkan 11 anggota bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Senai dan PBS Kulai Besar dengan sebuah jentera.

“Setibanya Pasukan Tindakan Operasi (PTO) ditempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran sebuah kebakaran kilang kitar semula jenis kekal.

“Kebakaran melibatkan barang-barang kitar semula yang berasaskan plastik. Operasi dijalankan dengan membuat ‘fire break’ dan pemadaman menggunakan 2 aliran 400 kaki, 4 pancutan dan 2 breeching dari sumber air water tanker dan pili bomba berhampiran serta dengan bantuan sebuah jengkaut.

Advertisement

“Tindakan ‘overhaul’ juga dilakukan dengan menggunakan semburan foam dari jentera BBP Skudai,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, anggaran kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top