BM | EN | 中文

Kilang di Senai dipecah masuk, polis tahan seorang lelaki, buru tiga yang lain

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 JAN: Polis menahan seorang lelaki dan memburu tiga yang lain selepas dipercayai memecah masuk sebuah kilang di kawasan Desa Idaman, Senai, dekat Kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok beng Yeow berkata, lelaki berumur 39 tahun itu ditahan pada kira-kira 2 petang oleh sepasukan polis yang menyerbu kilang terbabit, selepas bertindak atas maklumat.

“Ketika polis tiba di kilang itu, didapati pintu kilang dalam keadaan terbuka manakala terdapat sekumpulan lelaki, sedang meleraikan komponen besi.

Advertisement

“Kumpulan lelaki terbabit kemudian melarikan diri ke arah belakang kilang selepas anggota polis memperkenalkan diri, namun polis berjaya menahan seorang daripada mereka iaitu lelaki berumur 39 tahun,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tok berkata hasil serbuan terbabit, polis merampas sejumlah barangan termasuk empat telefon bimbit, 43 keping komponen besi, satu pemotong besi, 16 keping mata pemotong besi, satu tong gas, satu generator, satu spanar boleh laras, satu rantai kunci, sebuah van serta dua kereta.

Beliau berkata susulan serbuan itu, polis kemudian menerima satu laporan yang dibuat seorang pengadu lelaki, pada kira-kira 4.35 petang, semalam, dengan mengatakan bahawa tiga penghawa dingin dan sebuah lori di kilang terbabit, turut didapati hilang.

Advertisement

Katanya hasil soal siasat terhadap lelaki yang ditahan itu, dia mengaku terlibat dalam kejadian pecah kilang terbabit bersama tiga rakannya.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan turut memiliki 12 rekod jenayah serta penyalahgunaan dadah.

“Dia kini direman selama enam hari mulai hari ini sehingga 29 Jan ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, kerana pecah masuk kilang dan Seksyen 379 (A) kanun sama kerana mencuri kenderaan motor,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top