BM | EN | 中文

KHM tangguh Liga Hoki Malaysia 2021

Konfederasi-Hoki-Malaysia.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 JAN: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memutuskan untuk menangguhkan kejohanan Liga Hoki Malaysia 2021 (MHL) dan pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dibuat tidak lama lagi.

Kejohanan yang akan membuka tirai pada 14 Jan hingga 20 Feb depan bagi kategori lelaki dan 20 Jan hingga 20 Feb bagi kategori wanita itu adalah perlawanan sulung tempatan dianjurkan mengikut kalendar kejohanan KHM bagi musim 2021, yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa keputusan menangguhkan liga terpaksa dibuat berikutan peningkatan kes COVID-19 dalam negara yang meningkat.

Advertisement

Menurut sumber, KHM juga telah membatalkan mesyuarat pengurus pasukan, pegawai teknikal dan pengadil yang dijadualkan dalam beberapa hari lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Datuk Seri Anil Jeet Singh ketika dihubungi sekadar memaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan di pejabat KHM dalam tempoh satu atau dua hari lagi.

Berikutan ancaman COVID-19, badan induk sukan hoki Malaysia itu bersetuju untuk menganjurkan kejohanan tanpa kehadiran penonton, menetapkan prosedur operasi standard (SOP) ketat serta memperkenalkan format perlawanan baharu yang dijalankan secara saingan liga satu pusingan dengan pasukan di tangga teratas liga akan muncul selaku juara liga.

Advertisement

Saingan 2021 bakal menampilkan Sabah selaku muka baharu bagi kategori lelaki selain tujuh pasukan musim lepas Terengganu Hockey Team (THT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Thunderbolts, Maybank, Universiti Teknologi Mara (UITM) dan Nurinsafi HT akan merebut kejuaraan tahun 2021.

Bagi saingan wanita pula, PKS Uniten – KPT, PDRM Blue Warriors, Mutiara Impian- MSSPP-PSHA dan Sabah adalah empat pasukan musim lepas akan menerima cabaran daripada Young Tigress dan UniKL Ladies yang membuat penampilan kali pertama bagi musim 2021.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top