BM | EN | 中文

Khidmat percuma Bas Smart Selangor lancarkan pergerakan di Taman Sri Muda

Bas-Smart-Selangor.jpg

SHAH ALAM, 2 JAN: Kemudahan laluan sementara Bas Smart Selangor di sekitar Taman Sri Muda di sini disediakan untuk melancarkan pergerakan di lokasi terjejas teruk akibat banjir pada 18 Disember lalu itu.

Exco Pengangkutan Ng Sze Han berkata ini kerana penempatan berkenaan padat dengan penduduk dan kawasan yang terjejas juga luas.

“Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan laluan sementara Bas Smart Selangor untuk kemudahan penduduk Taman Sri Muda yang terkesan dengan bencana banjir.

“Inisiatif ini supaya mereka mudah untuk keluar masuk, ramai yang terjejas akibat kerosakan kenderaan,” katanya, lapor SelangorKini.

Pengguna perkhidmatan Bas Smart Selangor dikehendaki mengimbas QR kod ketika tinjauan Selangorkini di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 2 Januari 2022.

Tambah Sze Han, kerajaan Selangor akan melihat sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan laluan sementara itu sebelum memutuskan tempoh operasinya.

Laluan sementara Bas Smart Selangor di sekitar Taman Sri Muda di sini disediakan untuk kegunaan penduduk terkesan banjir di kawasan itu yang bermula sejak semalam.

Laluan itu bermula di Hab Sri Muda diikuti Balai Polis Sri Muda, Hentian Jalan Hasrat, Pasaraya NSK, Petron Sri Muda, Pangsapuri Andorra dan berakhir di Hab Sri Muda.

Perkhidmatan tersebut bermula 6 pagi hingga 10 malam dengan kekerapan sejam.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top