BM | EN | 中文

Khidmat farmasi pandu lalu di hospital Johor meningkat 138 peratus pada Mei 2020

Farmasi-Pandu-Lalu.jpg

Antara farmasi pandu lalu di fasiliti kesihatan awam di Johor (Gambar Ehsan Jabatan Kesihatan Negeri Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JUN: Perkhidmatan farmasi pandu lalu di Johor meningkat sebanyak 138 peratus pada Mei 2020, iaitu 14,670 bungkusan ubat pesakit disediakan berbanding 6,306 bungkusan ubat disediakan setiap bulan bagi tahun 2019.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, bagi bulan April 2020, sebanyak 15,373 bungkusan ubat pesakit telah disediakan bagi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Semua perkhidmatan farmasi sedia ada di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih beroperasi seperti biasa sepanjang PKP dan PKPB.

Advertisement

“Ia bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kepada pesakit dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikut Garis Panduan Perkhidmatan Farmasi Semasa Wabak COVID-19 (April 2020) yang disediakan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, KKM,” katanya.

Menurut beliau, perkhidmatan farmasi pandu lalu adalah satu daripada lima Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (Value Added Services; VAS) yang ditawarkan kepada pesakit di fasiliti kesihatan di Johor

Ia bertujuan untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh pesakit seperti sukar mendapatkan ruang parkir kenderaan, kesesakan di kaunter farmasi serta masa menunggu yang lama di farmasi.

Advertisement

Tambah belia lagi, perkhidmatan farmasi pandu lalu di negeri Johor ditawarkan di enam daerah iaitu Johor Bahru (4 fasiliti), Kulai (1 fasiliti), Segamat (2 fasiliti), Batu Pahat (1 fasiliti), Muar (2 fasiliti) dan Kota Tinggi (1 fasiliti).

“Orang awam boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan farmasi melalui media sosial seperti Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan fasiliti tersebut, laman sesawang JKNJ dan melalui slot promosi kesihatan di radio JOHORfm.

“Orang awam juga boleh mendapatkan maklumat dan garis panduan perkhidmatan farmasi di kaunter farmasi fasiliti kesihatan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top