BM | EN | 中文

KHIDMAT BAS KHAS DARI JOHOR BAHRU DAN GELANG PATAH KE PONTIAN

IMG-20191115-WA0007.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 15 NOV: Causeway Link menyediakan perkhidmatan bas sementara dari Terminal JB Sentral dan Terminal Gelang Patah ke Terminal Pontian bermula 14 November sehingga esok (16 November).

Perkhidmatan bas sementara tersebut turut menyediakan laluan balik dari Terminal Pontian ke Terminal Gelang Patah dan JB Sentral bagi tarikh sama.

Advertisement

Bagi laluan dari Terminal JB Sentral ke Terminal Pontian, masa yang ditetapkan ialah pada jam 8.00 pagi, 12.00 tengah hari, dan 4.30 petang.

Bagi laluan balik dari Terminal Pontian ke Terminal JB Sentral, masa yang ditetapkan ialah pada jam 10.10 pagi, 2.40 petang dan 6.40 petang.

Hentian bas yang akan disinggahi bagi laluan pergi balik JB Sentral-Pontian-JB Sentral ialah Taman Universiti dan Pekan Nanas.

Advertisement

Manakala bagi laluan dari Terminal Gelang Patah ke Terminal Pontian, masa yang ditetapkan ialah pada jam 7.30am, 8.30am, 9.30am, 10.30am, 11.30am, 1.00pm, 2.30pm, 3.00pm, 3.30pm, 5.00pm, 5.30pm, 7.00pm, 8.00pm dan 9.00pm.

Bagi laluan balik dari Terminal Pontian ke Terminal Gelang Patah, masa yang ditetapkan ialah pada jam 5.30am, 6.00am, 8.30am, 9.30am, 10.30am, 11.30am, 12.30pm, 2.00pm, 2.30pm, 3.00pm, 3.30pm, 4.00pm, 4.30pm, 6.00pm, 6.30pm dan 8.30 pm.

Hentian bas yang akan disinggahi bagi laluan pergi balik Gelang Patah-Pontian-Gelang Patah ialah Ulu Choh dan Pekan Nanas.

Advertisement

Dalam satu kenyataan di laman Facebook Causeway Link semalam pihaknya berpesan kepada orang ramai untuk mendapatkan bantuan daripada kakitangan dan kapten bas.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan bas tersebut boleh diperolhei dari laman web www.causewaylink.com.my atau berhubung melalui feedback@support@causewaylink.com.my dan talian 07-3602244.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top